Saturday, August 20, 2011

alahai perempuan~~

fffffuuuuuuuuhhhhhh~~~~ fffffffuuuuuuuhhhhh~~~~ marilah sama2 kita tiup blog yg sangat berhabuk nih.. rasa nya da 1meter da tebal habuk kat blog aku nih.. bukan aku tak nak update.. tapi otak nih da karat, lupe plak apa kata melalui blog aku nih..
dengan berkat bulan ramadhan, tgh2 aku cuci2 kipas td.. teringat lak apa yg terlupa.. yay!

ok jgn nk panjang2 laa cita pasal habuk nih. tak penting pon.. =.=

rasa nya masih tidak terlewat jika aku nk mengucapkan SELAMAT BERPUASA!!

sempena bulan baik nih.. aku nk kongsi sedikit maklumat yg selalu dikesal kan oleh segelintir kaum feminin.
sila hayati dialog dibawah.

keluh remaja perempuan : aduh, sini tutup! sana tutup! susah laa camni.. nk bergaya pown susah.. apesal lelaki senang.. tak pakai baju pown tak apa.. banyak nya aurat perempuan!!

lelaki : cik adik, Islam telah mengangkat aurat wanita. Benda yg mahal harga nya akan dijaga dan dibelai serta disimpan. kalau awak ada emas, adakah awak nak letak terdedah seperti di tempat laluan orang ramai atau disimpan dan ditutup agar orang lain tidak dapat melihat perhiasan itu? apa jadi kepada emas awak jika awak biar kan die terdedah? 
awak tak mungkin akan terangsang nafsu tgok saya berseluar pendek, tapi sebalik nya, bukan saya sahaja, malah tok imam pown akan tergugat iman jika tgok awak pakai seluar pendek sahaja.

keluhan isteri : kenapa kita para isteri nk keluar kene bgtao suami? sedangkan suami nk keluar bila2 masa pon boleh, tak payah nk bagi tahu kita.

lelaki : ok isteri kena taat kepada suami, lelaki apa? suami perlu wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah bkeluarga. isteri setelah bkeluarga hanya perlu taat kepada suami sahaja. kerana suami kalian yg menanggung dosa yg kalian lakukan.

keluh remaja perempuan : kalau ikot faraid dalam pembahagian harta, rugilah kami. sebab pembahagian harta wanita lebih sedikit berbanding lelaki. kami mahu keadilan!

lelaki : memang benar, tetapi harta wanita adalah untuk diri nya sahaja.. tidak perlu dikongsikan bersama orang lain. mereka berhak melakukan apa sahaja dengan harta itu. tak kesian kepada lelaki ke? kami perlu membahagkan harta kepadaisteri dan anak-anaknya. kalau ramai anak dan isteri, maka tidak secebis laa yg kami dapat.

keluh isteri : kenapa kami perlu mengandung? rasa sangat sakit, dan kami perlu merasa sengsara selama sembilan bulan. lelaki tak perlu buat apa. kalau nk anak, mereka cari lah kami.

lelaki : tahniah! sebab anda dapat mengandung dan melahirkan anak. setiap kali awak mengandung, anda pasti akan di doakan oleh sekalian makhluk dan malaikat. selama 9bulan yg awak merana itu, secara tidak langsung telah tergugur dosa2 kecil awak. andaikan pula awak meninggal semasa melahirkan anak itu.. percaya lah, itu adalah mati syahid dan sudah terjamin syurga untuk anda

keluh isteri : islam kata perempuan wajib taat kepada suami, tapi islam tiada kata suami wajib taat kepada isterinya? mana keadilan kaum hawa?

lelaki : akhirat nnti, saya dan lelaki lain didunia ini akan di minta bertanggungjwab keatas empat jenis wanita. mereka ialah, ibu saya, isteri saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. awak pula di akhirat nnti akan dibantu oleh empat jenis lelaki, suami awak, ayah awak, adik atau abg awak malah anak lelaki awak juga akan membela awak.

keluh remaja wanita : kenapa kami tak boleh nk beribadat seperti kaum lelaki?time ada haid dan nifas, kami tak boleh nak beribadat. ingat perempuan suke sangat ke tak solat dan tak puasa.

lelaki : nak beribadat seperti lelaki? ingat mudah ke nak dapat syurga? sedarlah, awak sebagai wanita amat mudah medapat syurga yakni dengan empat cara.
1) solat fardhu lima waktu
2) puasa bulan ramadhan
3) menjaga kehormatan
4) taat kepada suami


demikian lah dialog antara kaum wanita yg curiga dengan lelaki biasa namun beriman.
percayalah! ALLAH Maha Adil..

kepada kaum lelaki pula.. bukan senang jd lelaki.. bnyk tanggungjawab yg mesti kiter pikul ketika sudah bergelar suami dan bapa kelak.

fikir2 kan dan selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment