Wednesday, August 24, 2011

Langkah2 utk Arsenal menang trophy season nih


  1. center back yg betul2 mantap utk tempuh premier league.
  2. pemain side back yg lg laju dan dapat mengawal semua keadaan. jgn dribble bola kene cut.. orang lain dribble depan mata pon tak boleh nak buat apa2..
  3. defend midfield seorang.. Alex Song tak cukup lagi.. tp rambut da cukup handsome da.
  4. seorang yg bole dribble bola masok ke dalam kotak mcm iniesta.. memang main tap bagos~..tapi skali skala kene la dribble.. baru SUPRISE!!
  5. coach defend.
  6. motivasi laa player2 tuh supaya ada semangat COME BACK bile da kene tinggal. set mind diorang tuh.
  7. kasi diorang pakai seluar dalam yg ada pemanas.. supaya diorang tak passing kat orang lain bile diorang ada pluang nk shoot.. kalau buat gak, tekan butang merah!! 
  8. Jangan jersi dan lambang je ada history.. main pon kene laa ada history gak.. Trophy tuh laa yg melakar history
  9. bersemangat sikit bile jd tuan rumah.. tak nak laa kat Emirates pown kalah kan.. prides of wearing red and white!
  10. malu laa charge tiket 6.5% kalau main mcm hampeh
  11. Arsene Wenger! ni last chance ko.. kalau tak.. Donald Trump akan ckp.."YOU ARE FIRED!!"


Ang mai sat



Monday, August 22, 2011

Bulimia

Bulimia atau nama lain nya Bulimia Nervosa adalah salah satu cara pemakanan yg salah. Penderita bulimia mempunyanyi satu misi yang nyata iaitu untuk mengakalkan tubuh badan mereka yg langsing. Mereka memakan apa sahaja yg mereka suka dengan kuantiti yg bnyk dalam jangka masa yg pendek. Namun, selepas puas memakan, mereka akan memuntah kan nya dengan cara menjolok kedalam mulut, atau berlari anak sehingga tiada lagi makanan yg tertinggal. Dengan cara ini, mereka tidak aku menjadi gemuk. :) mudah nya~


Jika anda seorang yg berpuasa, bersenam berlebihan atau memudaratkan diri anda selepas mengambil makanan secara berlebihan, anda juga boleh diketegori kan sebagai bulimia


Adakah anda seorang bulimia?
tanya diri anda sendiri pada soalan berikut.. kalau bnyk jawapan anda YA! , maka bulimia lah anda.

  1. Adakah anda obses dengan badan dan berat badan anda?
  2. Adakah makanan dan diet seimbang menguasai diri anda?
  3. Takot kah anda jika setiap kali anda makan, anda tidak dapat behenti dari makan?
  4. Adakah anda pernah makan sehingga anda rasa sakit?
  5. Pernahkah anda berasa malu, tidak senang dan kurang berkeyakinan selepas makan?
  6. Adakah anda memuntah kaan semula makanan selepas makan? 
Kesan terhadap penderita Bulimia

Kesan baik daripada bulimia ialah sesorang yg menghidap nya dapat menurunkan berat badan sehingga 50% daripada berat badan mereka. Tetapi ini semua tidak berbaloi kerana jika tidak ditangani akan membawa kepada kesan yg lebih serius.
  1. Hilang selera makan
  2. Luka pada kerongkong
  3. Lemah dan tidak bertenaga 
  4. Sukar menumpukan tumpuan
  5. Gangguan pada rahim [bg wanita]
  6. Kematian
terdapat juga kesan tidak langsung daripada masalah bulimia ini..

  1. Perasaan tidak dihargai
  2. Mudah tersinggung dan sensitif
  3. Mudah rasa bersalah
  4. Meminggirkan diri
  5. Sering berbohong bg menutup perilaku permakanan nya


Maka, kepada mereka yg mengalami masalah ini, mereka harus segera berjumpa dan mendapat nasihat daripada pakar psikologi, pakar pemakanan dan orang- orang tertentu bg membetul kan amalan pemakanan mereka ini. Mereka juga harus meminta orang yg terdekat dengan mereka agar terus membimbing mereka dan memerhatikan tindak tanduk. 

Mundurlah BULIMIA untuk kesejahteraan umum

Saturday, August 20, 2011

alahai perempuan~~

fffffuuuuuuuuhhhhhh~~~~ fffffffuuuuuuuhhhhh~~~~ marilah sama2 kita tiup blog yg sangat berhabuk nih.. rasa nya da 1meter da tebal habuk kat blog aku nih.. bukan aku tak nak update.. tapi otak nih da karat, lupe plak apa kata melalui blog aku nih..
dengan berkat bulan ramadhan, tgh2 aku cuci2 kipas td.. teringat lak apa yg terlupa.. yay!

ok jgn nk panjang2 laa cita pasal habuk nih. tak penting pon.. =.=

rasa nya masih tidak terlewat jika aku nk mengucapkan SELAMAT BERPUASA!!

sempena bulan baik nih.. aku nk kongsi sedikit maklumat yg selalu dikesal kan oleh segelintir kaum feminin.
sila hayati dialog dibawah.

keluh remaja perempuan : aduh, sini tutup! sana tutup! susah laa camni.. nk bergaya pown susah.. apesal lelaki senang.. tak pakai baju pown tak apa.. banyak nya aurat perempuan!!

lelaki : cik adik, Islam telah mengangkat aurat wanita. Benda yg mahal harga nya akan dijaga dan dibelai serta disimpan. kalau awak ada emas, adakah awak nak letak terdedah seperti di tempat laluan orang ramai atau disimpan dan ditutup agar orang lain tidak dapat melihat perhiasan itu? apa jadi kepada emas awak jika awak biar kan die terdedah? 
awak tak mungkin akan terangsang nafsu tgok saya berseluar pendek, tapi sebalik nya, bukan saya sahaja, malah tok imam pown akan tergugat iman jika tgok awak pakai seluar pendek sahaja.

keluhan isteri : kenapa kita para isteri nk keluar kene bgtao suami? sedangkan suami nk keluar bila2 masa pon boleh, tak payah nk bagi tahu kita.

lelaki : ok isteri kena taat kepada suami, lelaki apa? suami perlu wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah bkeluarga. isteri setelah bkeluarga hanya perlu taat kepada suami sahaja. kerana suami kalian yg menanggung dosa yg kalian lakukan.

keluh remaja perempuan : kalau ikot faraid dalam pembahagian harta, rugilah kami. sebab pembahagian harta wanita lebih sedikit berbanding lelaki. kami mahu keadilan!

lelaki : memang benar, tetapi harta wanita adalah untuk diri nya sahaja.. tidak perlu dikongsikan bersama orang lain. mereka berhak melakukan apa sahaja dengan harta itu. tak kesian kepada lelaki ke? kami perlu membahagkan harta kepadaisteri dan anak-anaknya. kalau ramai anak dan isteri, maka tidak secebis laa yg kami dapat.

keluh isteri : kenapa kami perlu mengandung? rasa sangat sakit, dan kami perlu merasa sengsara selama sembilan bulan. lelaki tak perlu buat apa. kalau nk anak, mereka cari lah kami.

lelaki : tahniah! sebab anda dapat mengandung dan melahirkan anak. setiap kali awak mengandung, anda pasti akan di doakan oleh sekalian makhluk dan malaikat. selama 9bulan yg awak merana itu, secara tidak langsung telah tergugur dosa2 kecil awak. andaikan pula awak meninggal semasa melahirkan anak itu.. percaya lah, itu adalah mati syahid dan sudah terjamin syurga untuk anda

keluh isteri : islam kata perempuan wajib taat kepada suami, tapi islam tiada kata suami wajib taat kepada isterinya? mana keadilan kaum hawa?

lelaki : akhirat nnti, saya dan lelaki lain didunia ini akan di minta bertanggungjwab keatas empat jenis wanita. mereka ialah, ibu saya, isteri saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. awak pula di akhirat nnti akan dibantu oleh empat jenis lelaki, suami awak, ayah awak, adik atau abg awak malah anak lelaki awak juga akan membela awak.

keluh remaja wanita : kenapa kami tak boleh nk beribadat seperti kaum lelaki?time ada haid dan nifas, kami tak boleh nak beribadat. ingat perempuan suke sangat ke tak solat dan tak puasa.

lelaki : nak beribadat seperti lelaki? ingat mudah ke nak dapat syurga? sedarlah, awak sebagai wanita amat mudah medapat syurga yakni dengan empat cara.
1) solat fardhu lima waktu
2) puasa bulan ramadhan
3) menjaga kehormatan
4) taat kepada suami


demikian lah dialog antara kaum wanita yg curiga dengan lelaki biasa namun beriman.
percayalah! ALLAH Maha Adil..

kepada kaum lelaki pula.. bukan senang jd lelaki.. bnyk tanggungjawab yg mesti kiter pikul ketika sudah bergelar suami dan bapa kelak.

fikir2 kan dan selamat beramal :)

Monday, April 11, 2011

Diary sebuku Toyota Avanza

9 April 2011
yeay pada tanggal ini aku membawa anak tuan ku, syam yg kacik bersama rakan- rakan nya menyambut kemerdekaan selepas bertungkus- lumus melawan dengan tentera final exam. HAHA. PM atau nama lain nya pasar malam program manager kami yakni encik munir telah merancang satu siri percutian yg amat syiok. kami bercuti ke pantai ulu yam. sambil menikmati keindahan hutan, kitorang mandi as a way to hilangkan segala stress. awal- awal ingat macam tak ramai sangat yg join adventure kali nih.. tengok- tengok, 20 orang dgn 3 bijik kereta.. ok malas cite panjang.. tgok laa gambar2 ni sendiri.. kitorang mandi airterjun sambil buat bbq.. resipi by chef ein dan sos by tukang masak adjijat.. sangat sedap weyh!

waktu berjalan memasuki kawasan air terjun 

mandi dan bbq

nk pulang, penat!

10 April 2011
tiada apa yg menarik pada tarikh ini, cume aku ke rumah nenek tuan ku sbb ada kenduri tahlil sikit.. kata maktok nya, nnti baca laa Yaasin sikit.. yg tuh aku tak pasti macam mana.. sama ada yaasin~~ shaja.. or yaa sahaja.. atau nk pendek lagi pown boleh.. HAHAHA! 

11 April 2011
huh ini hari mmg sangat malang buat diriku.. waktu dalam pukol 1130 pagi.. aku dipandu ke arah petronas untuk membeli coklat untuk cucu makcik tuan ku.. suddenly.. time aku melalui sebatang lorong, ada sebuah kereta kia sportage keluar dari lorong itu dengan laju nya.. lalu merempuh aku dibahagian bontot belah tayar kanan belakang. ok tuan ku behenti kn kenderaan.. dan berjumpe dengan tuan pemilik kereta kia.. tuan kia tuh da tua, rambot tidak pasti sama ada blonde atau inai..
di bawah nih aku serta kan dialog antara tuan ku dengan tuan kia..

          tuan aku : pakcik tidak nampak ke saya lalu? main keluar je
          tuan kia  : tak, awak yg salah, awak main laju je kat depan lorong.. sepaptot nya, awak perlahan time 
                          nk lalu kat lorong.
          tuan aku : aik? pakcik yang keluar lorong tak pandang kiri kanan.. budak- budak kecik pown da di 
                          ajar untuk tengok kiri dan kanan sebelom melintas. ini jalan saya, suka hati saya laa nak laju
                          or perlahan.
          tuan kia  : tak.. awak  yang salah, saya da impit ketepi da nk elak kereta awak.. 
          tuan aku : tapi ini jalan aku [da mula tak tahan dengan sikap kurang ajar seorang yg mungkin bergelar
                          atok tapi masih x sedar diri] , kau sepatot nyer berhenti dan beri laluan..
          tuan kia  : awak yg bersalah sebab laju.. bagi laluan kpd orang yang nak keluar lorong dulu.. 
          tuan aku : otak kau! ok jom g balai.. kita buat report.. ada berani?
          tuan kia  : tak payah.. awak calar, saya calar.. awak claim, saya claim..
          tuan aku : aik takot apa? [ lalu tuan ku mengeluarkan hp nya untuk mengambil no plat kia sportage 
                          tersebot]

selepas itu, time tuan aku nk ambil gambar kesan calar.. lelaki tua itu tros masok kereta dan pandu laju.. nampak sangat kau bersalah laa orang tua tak sedar diri.. tuan aku harap agar Allah SWT memberi balasan setimpal kepada tuan kia tersebot.. 

p/s : korang- korang.. kalau jumpe kereta kia sportage colour hijau, no plat WGU 3038.. korang ludah sahaja kat tuan die jika tuan nyer seorang lelaki beruban dan blonde rambot.. dan yang penting.. die lelaki yg tidak sedar diri.. 

Monday, April 4, 2011

UPDATE ENTRY BLOG.

Hehe. Maaf ye. sila tinggalkan pesanan selepas bunyi beep..

beep..

Friday, February 4, 2011

Trimas Cousin

Al-kisah nyer pada hari ini aku di kejotkan dengan sms dari abg sedara aku atau nama die sepupu (L) aku yg mengajak aku menunggang kereta baru milik kakak nya atau lebih femes dengan panggilan sepupu (P).. sms berbunyi "mlm ni g mana2 ta ? jm hang out nek kereta baru .ajak -sekian- dgn  -sekian- skali .na ?" emm cmtuh laa alunan nye, tiada salah scrip! Kemdian apa lagi.. aku pun tangkas menjawab "ya! mahu. tp kami bawak ic je taw :)" langkas ku mandi bersiap, excited sangat ouh.. macam nak berjoget pown ade gak. mana x excited weyh, kereta baru tuh.


huh! itu laa kereta yang aku maksud kan, cantek kan? emm kereta buatan malaysia bernama MYvi kelabu tanpa was- was.. vrrooom! vrom.... "err, nak pergi maner nih?" ttbe sepupu (L) bertanya..

...... [semua orang didalam terdiam seketika]

bukan main lambat lagi nak buat keputusan, last2 ntah macam maner, kami menuju ke One Utama untuk bermain boling.. juara nya tentu laa si penulis blog ini laa.. kalau korang agak point da 200 and keatas baru cabar aku taw..selepas tu, kami pergi makan di restoran 1malaysia, [nama diberi sbb makanan kat situ mesra kaum] pergh kenyang sgt!

p/s : terima kasih ku ucap kan kepada sepupu (L) dan sepupu (P) yg telah membelanja kami seberadik pada malam ini..

akhir kata dari penulis blog :  harap lepas- lepas ini ada laa lg ea, kalau boleh kasi up sikit. wahaha kejam

Friday, January 28, 2011

Hari Lawan Bahagia

Assalamualaikum and Holla! huhu.. bunyi mcm ceria je post aku kali nih kan? tp post nih sgt menyedih kan.. aku nak cerita kepada anak- anak sekalian yg kelmarin (27 Jan 2011) adalah hari malang buat diri ini.. :(


ehh! asal ada gambar motor pulak nih? huhu saje nk show off kat korang.. tuh laa gambar motor aku setelah 1st time aku kemalangan yang juga berkait rapat dengan hari malang aku nih

cerita die macam nih, waktu tuh, aku pergi bilik member aku dengan tujuan ingin belajar sama- sama, lepas belajar dengan tekun dan tibe masa untuk pergi ke ke kelas, aku pown dgn lincah amik motor dan pulang ke bilik.. yg nak dijadi kan cerita tuh, time aku balik bilik tuh, hujannn~~ tp renyai jela..

aku sebagai lelaki yang berjiwa gentleman lg tampan nih, meredah sang hujan dengan gah nya.. tp bile tengah tunggang motor tuh, aku rase sakit2 pulak mata asyik kene hujan umpama dihujani jejarum jernih bak muka ku :) lalu ku capai tangan kiri ku ini dan ku tapisi hujan mahu menusuk mata.. da bawak motor sebelah tangan dalam keadaan jalan yang basah..

suddenly! aku terperasan sebelah kiri aku tuh jalan yg sepatot aku belok, alamak hampir terlepas!!! apa lagi, emergency break laa.. ehhheeeiiieeehhe!~!~!!~!~ kedebabom!!! da accident.. :(
nasib baik laa aku sempat lompat, syukur...

 box calar..

 tempat letak kaki belah kanan da terburai...

 side mirror kanan da tercabot..

lepas aku accident tuh, ada laa brother belakang aku nih, die tnya, "kau ok x?", aku pown jawab, "saya memang hensem, knp? nak sign?", hahaha.. tak laa, aku jawab, aku jawab "aku ok! :)".. yang tak boleh blah tuh, brother balas.. "kau da macam spiderman da aku tengok.. hahaha" siottt!!!! haish! tuh perli ke pujian? korang rase? pujian kan!

Thursday, January 20, 2011

Hindustani..

Tum paasse aye, Tum paasse aye
Yun Muskurayee, Tum nena jane kya
Sapne de khaye, Aabto mera dil
Jaane ka sota hai, Kya karoon ha ye
Kuch kuch hota hai

wah, aku nyanyi hindustan laa sekarang! huhuhu.. almaklum nya, sekarang nih insan kecil molek yang bernama syam yazie ini sudah mula jatuh hati dengan filem- filem hindi yang lebih mesra dengan nama hindustan.. lagi menarik kalau cerita- cerita lame yg di lakonkan oleh syam rukh khan! ehh silap, shah rukh kahn dan juga pelakon terkenal lain seperti salman khan dan amir khan. heroin tidak berapa nak kenal laa pulak, ada sorang tuh nama kajol.. huhuhu

hindustan ini sudah menjadi dadah dalam diri aku.. kalau perokok, nicotine laa dadah untok mereka.. tapi untuk insan suci seperti aku nih, hindustan laa beb! sebenar nya, baru je lagi aku kangat dengan cerita hindustan nih..

cerita yang _______ aku tonton :)
sudah : cerita pertama yang aku tonton :) [sudah 5x khatam]


sedang : sebenarnya semalam da tengok sikit, tapi tertido laa pulak


akan : nothing to say, tapi aku pasti cerita ini pasti menarik :)

p/s : weyh ini rahsia taw, jangan bagi tahu kat orang lain

selalu nya, time aku tengok hindustan, aku mesti terbayang aku sebagai shah rukh khan dan memiliki badan macam salman khan.. huhu
sekarang ini aku nak edit name aku.. korang rase macam mane yang lawa
1) syam khan yazie
2) syam yazie khan
3) syam rukh khan

Monday, January 10, 2011

Kencing!

Huh.. korang mesti anggap entry aku kali ni macam kotor kan? then korang sure fikir yang aku nih pengotor kn.. jijik laa.. xmandi laa.. itu laa.. ini laa..
ape aku kesah.. aku nyer blog.. ikot korang laa korang nak bace atau pown tak entry aku kali nih.. rilek laa, benda nih sume fitrah manusia laa.. semua orang buat perkara nih.. cume OKU [orang kurang upaya] sahaja yang tak buat tahu..

actually story die macam nih..[tadi tuh introduction je] aku tadi pagi ader kelas.. tapi sebelum pergi kelas tuh.. aku teguk air banyak2 [brape bnyk korang jangan tanya laa].. bila masok kelas lalu sesi pembelajaran baru je 3minit bermula.. aku dah mule kepit2 kaki da[seperti gambo di bawah, tp tuh bukan aku k].. nak KENCING!!! hahahaha.. da laa lecturer yang ajar aku nih, x kasi kuar time die tgh mengajar, tuh yang buat aku membeku je dalam kelas tuh, lg pon, aku kan pelajar baik :) huhuhu perasan jap




ingat mule tuh, ala rase nih skejap je nih, nanti karang ok laa nih, aku be cool je, tenang je menempuh saat2 getir tuh..bile rase kencing pown da perit2 da.. time tuh mule laa fikir macam.. kalu tahan kencing kene batu karang laa, nnti aku kencing dalam seluar then sume membe2 taknak kawan dgn aku laa, kene ejek, nanti seluar basah da xda suluar nak pakai, kene buang UIA sebab 'kencing dalam seluar' [mmg terbaik!] , terpampang gambar2 aku dekat seluruh UIA mencaci dan menghina aku.. ish macam2 laa aku fikir.. time tuh memang  xfokus langsung dalam kelas, aku asyik melamun je..


10 min.. 20 min... pergh 1 jam beb aku tahan!
tibe2, aku terfikir nk kencing dalam botol! WHAT T@# H!@L!!! hahaha.. tapi time tuh aku memang serius nk kencing dalam botol.. yelaa nak buat macam maner enn, itu sahaja jalan penyelesaian die weyh! i need an empty bottle right now, mayb a big one.. adoi memalukn btol..

dari awal kelas tuh, aku dok selak2 lengan baju membe sebelah aku [naz] sebab nak tengok jam.. adoyai.. time2 genting macam nih, masa berjalan seperti siput sedang tidur, memang macam tuh kan, ble kiter buhsan or tgh saat macam aku nih, mase jalan perlahan2, tp bile tengah syok2 main game, tengok jam, ya ALLAH! aku x solat lg.. hahaha sure korang pon mesti macam tuh, kalau yang lelaki main game, kalau pompuan, tengok drama bersiri korea, dok tenung je park ji sung  dan yoona sampai x ingat dunia da.. kadang tuh sampai koyak2 gambar yoona sebab dapat bersama park ji sung.. haish x paham aku.. ilek laa sis, drama kot.

ok2, balik kepada citer kencing aku nih, dup dap dup dap, sampai laa mase yg di nanti2 kan.. kelas tamat! aku dengan lincah.. terus pergi tandas menunai kn kewajipan.. wah lega~~ hahaha

Wednesday, January 5, 2011

I'm beginner

ok2.. act aku sudah mengantok nih.. aku nak update entry cepat terutama untok kekasih hati ku, cik bulat :)
cyg, nih la yg saya nk tunjuk kn..

emm tadi aku kekenyangan, pas pd usrah, terus lincah pergi cafe pastuh order
                        tomyam seafood + nasi puteh = air sirap
lame sangat aku tak makan tomyam [my favourite food ever]

sesudah makan2 sume tuh, otak pown da naik beku, susah laa nak belajar.. so aku buat keputusan.. study nanti2 laa.. people said that 'the time is much better than money', but sometime money got no value laa.. so just waste it to do something fun

jadi aku pown bukak adope photoshop.. yeah!! nk tengok aper aku edit?? mesti nak kan?? huh!!


baju cik bulat

baju saya :) [tp gambar bobo xda laa]

hehehe.. aku baru nak berjinak2 dlm editing2 nih, tp x da laa official.. just for fun :)

cyg, lawa x? nk print x?
nak laa tuh

Tuesday, January 4, 2011

Alarm me - I Wanna Be Somebody

huhuhu... untuk entry kali nih.. aku nak citer kat korg lagu baru yang aku bru je minat tadi.. aku dgr lagu nih sambil belajar.. aku hayati  lirik lagu nih.. wah memang bagos laa untuk sume blogger yg masih bergelar pelajar..

Ku bertanya pada diri
Apa nak jadi bila besar nanti
Oh jawabnya I wanna be somebody

Bila ku sedar kemampuan
Tak sebijak persis insan lain
Membuat citaku tak kesampaian

Mujurlah sempat ku kikis sikap itu
Masa depanku aku yang menentukannya
Kejayaan bukan percuma
Malas usaha kelompang jiwa

Telah ku bukti pada semua
Bersungguh pasti kan berjaya
Ku kini mampu melakukannya

Jangan jemu pada ilmu
Dengannya kita akan dimulia
Jadilah orang yang berguna

Tuhan tak akan mengubah nasib kita
Selagi tak usaha kepada yang lebih baik
Jika tak tahu bertanya orang bijaksana
Setelah berjaya..janganlah alpa

Saat ini ku bertanya
Apakah kegagalan itu hina
Oh kerananya I gonnna be somebody
 
 
see.. try laa download.. mmg syok abis :)
 
k laa.. nk smbong study.. tatatititutu

Sunday, January 2, 2011

HAPPY NEW YEAR

ok skung baru laa aku nk post entry selamat tahun baru.. wahahah



weyh make sure tahun baru nih korang pown jd manusia yg baru.. saya x bermaksud yang korang kne lahir semula.. xda laa sampai terok cmtuh.. just korang betol kn aper yg korang rase x betol sepanjang tahun lepas.. dan make it better k.. kater pepatah "tomorrow is better than today".. so sekarang, " this year is better than last year" laa kn.. aper azam tahun baru korang? aku nak dpt pointer chaya! nyer dlm setiap sem tahun ini.. huhuhu.. amin~~ hope this year.. aku bnyk beramal, wat aper yg disuruh olehNya dan tinggal sume laranganNya, khatam quran, dengar cakap ma and pa, kurang kan makan dan stdy smart.. yes2! tuh laa azam aku

BEG!!

saper nak beg?? huhu.. kisah nyer bermula begini..



actually, aku baru je bli beg tuh 2 jam yg lepas... then aku seronok sgt sebab sudah memiliki beg baru yg boleh aku bawak pergi kelas, xda laa aku nak kene pakai beg jenama UIA lagi [dapat time orientasi], harga die xda laa mahal sgt.. mmg aku ngh saving pown.. aku amik nih, harga RM35.. lepas aku beli beg tuh, aku sorong beg tu dalam plastik.. aku ayun2 kan plastik itu keriangan [mcm kanak2 yang nk pergi daftar masok sekolah esok].. seronok dan excited sangat bila beg yg aku idam2 kan selama nih berada di gengaman ku.. berjalan2 di ibu kota buat hati kecil ku gelisah.. ramai sangat org, asyik2 langgar plastik yg berisi beg Billabong aku.. [xnampak ke aku bawak beg baru nih? jerit hati kecil ini] maner x marah.. suke2 hati je langgar beg baru orang..haha.. sejenak beranak kemudian.. aku terpikir.. "apesal laa aku x pkai je beg Billabong aku nih?".. haish.. syam2..

hoho.. lalu dengan lincah aku galas beg nih.. wah selesa nya.. ngan potongan yg menarik.. beg nih rase sangat ringan dan selesa bila aku memakai nya.. ringan?? [mmg laa sbb kosong lg.. =.="] xpe.. aku x kesah dengan semua tuh.. aku teros je berjalan.. jalan lalu jalan.. jalan dan jalan lg.. huhu.. ttbe2! aku terlalu kedai yang ader cermin.. aku tengok beg yg aku pkai melalui pantulan cermin tuh.. WHAT!!! ala beg nih kecik laa untuk badan ku yg besar nih.. x sesuai laa~~ ala!

hurm lepas pada tuh.. aku nyesal beli beg nih.. aku mule bertanyer kepada rakan2 yg ingin kan beg.. beg nih bukan ape.. cume kecik je.. aku nyer tinggi 180cm.. so korg2 yg agak rendah dari aku.. mesti sesuai pkai beg nih.. yg ayu bertambah ayu, yg cmel jd kiut, yg cntek lebih menawan, yg kacak jd hencem, yg keding nampak berisi, yg gemuk nampak tough, yg tergoda jd digoda, yg rendah nampak menawan.. ehh macam2 lg lah.. so kalu korang berminat nak beli beg nih.. boleh laa deal and email aku.. aku boleh letak harga yg lebeh rendah.. tapi kene laa pandai ayat2 aku skit.. hehehe


email cepat2 taw.. lambat terlepas.. lawa nih.. maner laa korg nak cari beg lawa dan murah macam nih kan

fyi : aku sng je nk di ayat